Mee Hailam



Bahan-bahan ( 4 orang )

500gm mee kuning (dicelur dan ditoskan)
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*sedikit halia
*4 tangkai cili kering(rendam ngan air panas supaya kembang)
*semua bahan2 di atas di blender sehingga hancur.
Baby Corn
1 batang Carrot (dipotong mengikut citarasa)
Fishcake dan fish ball jika suka
Sedikit Kobis
2 biji tomato dipotong 4
2 tangkai sawi
4 sudu besar sos tiram
kicap secukupnya
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung jagung (dbancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)
air rebusan daging ( didihkan 500 gm daging bersama2 dengan 700 ml air..kemudian asingkan daging)
air rebusan sotong dan udang (didihkan 300 gm udang +sotong bersama2 400 ml air... kemudian asingkan udang + sotong)
bahan2 hiasan seperti cili hidup,daun bawang,daung sup,limau kasturi dan bawang goreng
Cara-cara

1. Tumis semua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan fish ball,fish cake dan daging yang direbus tadi. Tumis sehingga kecut sedikit.
Kemudian,masukkan air rebusan daging dan air rebusan udang + sotong tadi.
Masukkan pula kicap secukupnya,sos tiram dan lada hitam...
Bila dah mendidih, baru masukkan sayur2 tadi seperti babycorn,carrot dan kobis.
Kemudian masukkan udang + sotong dan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Akhir sekali masukkan tomato dan sawi... Biarkan sehingga kuah mendidih dan likat... Rasa garam...kemudian boleh la dihidangkan bersama mee kuning yang telah dicelur..
Hias dengan cili hidup yang dihiris, daun bawang + daun sup + limau kasturi.. serta taburkan dengan bawang goreng.. Siap untuk dimakan...

Comments

Popular posts from this blog

mencari taska tuk kimi..

pembantu rumah harian

pokok susu nabi