KUEY TEOW KUNG FU



Bahan A:
1 bungkus kuey teow (400gram)
2 biji telur (dipukul dengan satu 1/2 sudu lada sulah)

Caranya:
Gaulkan kuey teow dengan telur yang telah dikacau dengan lada sulah di dalam satu bekas.
Panaskan kuali dengan minyak jagung.
Ceduk 1/6 bahagian atau satu senduk campuran bahan A.
Goreng campuran bahan A seperti menggoreng telur mata. Balikkan untuk mendapatkan kueyteow yang garing. (Lebih garing lebih sedap bila dimakan dengan kuahnya nanti).

Bahan B:
10 ulas bawang putih - dicincang halus
sebiji bawang besar bersaiz sederhana  (blend dengan secawan air)
5-6 titik minyak bijan
10 biji fishball atau lebih (setiap biji dipotong 4)
2 ekor sotong bersaiz sederhana
10-15 ekor udang bersaiz sederhana
 2 sudu makan garam / secukup rasa
1 sudu makan serbuk ayam knorr
2 sudu makan lada sulah
2 biji telur yang dikacau dengan garfu
2-3 biji jagung muda
1/4 batang carrot
segenggam cauliflower
4-5 helai sayur sawi/kailan
2 sudu makan tepung jagung (digaulkan dengan secawan air)

Caranya:
Tumis bawang putih dengan minyak jagung hingga naik bau.
Masukkan air bawang merah.
Titikkan minyak bijan.
Masukkan sotong, udang, garam, serbuk ayam knorr, lada sulah, telur, jagung muda, carrot, kobis bunga, sayur kailan. Gaul rata semua bahan.
Akhir sekali, masukkan air tepung jagung. Jangan masak terlalu lama bagi mendapatkan rasa sayur dan udang sotong yang fresh.
Jika terasa masin, tambah lagi sedikit air. Tetapi jika terasa tawar, tambah lagi sedikit garam atau lada sulah, mengikut citarasa masing2

Comments

Popular posts from this blog

mencari taska tuk kimi..

pembantu rumah harian

pokok susu nabi